"Selamat datang anak. Kami amat berbangga dan gembira menemui kamu," begitu ucapan Datuk Lee Chong Wei kepada anak keduanya bersama isteri Datin Wong Mew Choo semalam.

Dalam catatannya di Facebook, Chong Wei juga mengucapkan penghargaan beliau kepada isterinya yang melahirkan bayi berkenaan - diberi nama Terrance dan seberat 3.96kg - melalui pembedahan di sebuah hospital swasta.

Anak pertama pasangan itu ialah Kingston Lee yang kini berusia dua tahun.

Chong Wei, 32, dijadual menyertai kejohanan Terbuka Taiwan minggu depan.

Beliau baru saja bebas daripada penggantungan dan setakat ini memenangi dua kejuaraan, iaitu Terbuka AS dan Kanada.

Dia akan beraksi di Kejohanan Badminton Dunia 2015 di Jakarta, Indonesia antara 10 hingga 16 Ogos ini.

 

老婆,辛苦你了。感谢上天保佑母子平安。󾍛🏻 Welcome to the family junior. We are so proud and happy to see you. ❤️

Posted by Lee Chong Wei 李宗伟 on  Thursday, July 9, 2015