Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
'Saya tak setampan Beckham'
Diterbitkan:  Jul 11, 2015 1:34 PM
Dikemaskini: 5:36 AM

Bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard, meminta peminat bola sepak tidak membandingkan dirinya dengan bekas ketua pasukan bola sepak England David Beckham.

Dengan merendah diri, Gerrard mengakui wajahnya tidak setampan bekas pemain Manchester United dan Real Madrid itu.

Gerrard yang kini mengikuti jejak Beckham berhijrah ke kelab LA Galaxy di AS berasa dia tidak mampu lagi untuk memberi kesan seperti seniornya itu.

Beckham ( gambar ) yang pernah bersama LA Galaxy dari 2007 hingga 2012 pada awal kariernya di AS membantu melonjakkan kedudukan pasukan itu ke Major League Soccer (MLS). Kehadiran Beckham ke LA Galaxy juga membawa dana kepada skuad itu apabila mereka mengikat kontrak tajaan dengan syarikat Herbalife.

"Penting untuk orang memahami saya bukanlah David Beckam. Saya tak tampan sepertinya. Saya juga tak berpengaruh sepertimana David," Kata Gerrard.

Bagaimanapun, Gerrard berjanji akan memberi sumbangan positif di atas padang, lebih-lebih lagi dia berasa bersedia menyesuaikan diri sebelum tiba di AS.

"Saya sudah mengkaji MLS sejak mengambil keputusan untuk berpindah ke sini pada Januari lalu. Saya lihat rakaman perlawanan LA Galaxy di YouTube," jelas pemain berusia 35 tahun itu.

Menafikan mahu meninggi diri, Gerrard berkata dia yakin mampu menyesuaikan diri dalam banyak posisi.

"Saya suka jadi pemain pertahanan, tengah atau penyerang. Anda bakal lihat saya masih bertenaga," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan peminat bola sepak di AS tertanya-tanya siapakah pemain bernama Gerrard yang bakal beraksi di MSL musim akan datang.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS