Futsal: Malaysia masih gagah di New Zealand
Skuad Malaysia yang bertarung di Kejohanan Piala Futsal Komanwel 2015 mencatatkan kemenangan kedua dengan mengalahkan tuan rumah, New Zealand, di Wellington, sebentar tadi.
Pada awalnya, anak buah Marcelo Serpa ketinggalan 1-0 pada awal separuh masa pertama.
Bagaimanapun mereka bangkit menjarakkan kedudukan melalui jaringan Ahmad Fawzul Hadzir dan Saiful Nizam Ali untuk mengatasi New Zealand 2-1.
Babak separuh masa kedua menyaksikan menyaksikan skuad negara meletakkan kedudukan lebih selesa apabila berjaya mengatasi lawan 5-2 sehingga tamat perlawanan.
Tiga gol Malaysia itu disumbangkan oleh Amar Ashraf Abu Bakar, Syed Aizad Syed Danial dan Saiful Aula Ahmad.
Sementara itu, pada aksi sulung kejohanan itu semalam, pasukan negara mencatatkan kemenangan besar ke atas Vanuatu dengan jaringan 7-3.
Mereka mendahului 3-0 pada separuh masa pertama menerusi dua gol hasil jaringan Saiful Aula Ahmad dan satu gol Amar Ashraf.
Bersambung babak kedua, skuad negara menambah tiga lagi gol menerusi Ahmad Fawzul Hadzir, Ridzwan Bakri dan kapten Fitri Yatim sebelum Vanuatu berjaya menjaringkan gol pertama mereka untuk kedudukan 6-1.
Malaysia kemudian menambah gol terakhir melalui jaringan kedua Amar Ashraf sebelum kelekaan pada saat akhir membenarkan Vanuatu menambah dua lagi gol untuk kedudukan muktamad 7-3.
Skuad Malaysia bakal ditentang pasukan Australia pada aksi ketiga dijadualkan esok.
Kejohanan itu berlangsung hingga esok.

