Schweinsteiger boleh berjaya kalau tak cedera
Jurulatih Bayern Munich, Jose Guardiola, menganggap karier bekas pemainnya Bastian Schweinsteiger yang berpindah ke Manchester United (MU) mungkin terganggu susulan sering mengalami kecederaan.
Bagaimanapun, Guardiola tetap berharap Schweinsteiger boleh menyesuaikan diri dan berjaya bersama The Red Devils.
"Dia sering mengalami kecederaan demi kecederaan. Dalam tempoh tiga tahun saya di Bayern Munich, Schweinsteiger tak pernah mencapai tahap kecergasan sebenar," kata Guardiola.
Berdasarkan rekod, pemain kebangsaan Jerman itu mengalami enam kali kecederaan antara 2013 hingga 2014 dan tidak beraksi dalam 50 perlawanan bersama The Bavarians.
Walaupun Bayern Munich bersetuju melepaskan Schweinsteiger, Guardiola menjamin kualiti yang dimilik pemain berkenaan tidak akan menjejaskan persiapan pasukan gergasi Jerman itu.
"Saya berharap dia akan membuktikan kebolehan diri bersama MU.
"Dia adalah pemain keutamaan saya. Saya yakin, dia akan lakukan yang terbaik di Manchester United jika tidak mengalami masalah kecederaan," katanya.
Pastinya membuktikan prestasi dan kecergasannya kekal di tahap tertinggi menjadi cabaran utama buat Schweinsteiger di Old Trafford.
Ia berikutan jadual perlawanan lebih padat di Liga Perdana Inggeri melibatkan 20 pasukan berbanding di Bundesliga sebanyak 18 pasukan.

