Salah seorang pemegang saham Arsenal, Alisher Usmanov melihat kelab itu perlu menarik seorang lagi pemain dalam pasaran perpindahan musim panas 2015.

Dengan langkah itu, barulah The Gunners boleh bersaing sengit di Eropah.

Arsenal yang hanya menandatangani bekas penjaga gol Chelsea, Petr Cech ( bawah ), sepanjang musim perpindahan ini. Kehadiran Cheh dipuji peminat kerana dilihat mampu menutup kelemahan Arsenal.

Bagaimanapun, Usmanov masih nampak kekurangan penyandang Piala FA itu.

"Dengan barisan pasukan yang ada, kecuali satu posisi kami siap sedia untuk saingan di Liga Juara-juara.

"Sedangkan untuk Liga Perdana Inggeris (EPL), kami ada peluang besar untuk bertarung dengan Chelsea, Manchester United dan Manchester City.

"Asalkan pemain kami tidak mengalami kecederaan," katanya jutawan Rusia itu seperti dilaporkan CNN.com.

Usmanov berkata, pemain seperti Olivier Giroud dan Theo Walcott tidak menunjukkan prestasi maksimum kerana masalah kecederaan panjang termasuk pada musim 2015-2016.

Kini, Arsenal dilihat mengharapkan beberapa penyerang lain seperti Gonzalo Higuain dan Karim Benzema.