Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Najib: Glory, Glory Man United!
Diterbitkan:  Aug 8, 2015 12:41 PM
Dikemaskini: 4:48 AM

Sama seperti kebanyakan peminat Liga Perdana Inggeris (EPL) yang akan bermula malam ini, perdana menteri turut menampakkan rasa terujanya untuk menyaksikan kelab pilihannya bertarung.

Dalam kemas kini status di Twitter dan Facebook rasminya, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kelab kendalian Louis van Gaal bakal tampil lebih hebat berbanding musim lalu.

"Darmian, Depay, Romero, Schneiderlin, Schweinsteiger. Saya lihat musim ini Manchester United lebih kuat berbanding dengan musim lepas. Kita saksikan esok! ‪#‎GGMU," kata Naib, semalam.

Perdana menteri memang diketahui salah seorang peminat kelab MU.

Kelab bimbangan van Gaal akan menjadi pasukan terawal turun bertanding memulakan musim baru EPL kali ini dengan menentang Tottenham Hotspur pada jam 7.45 malam ini.

Bagaimanapun, keterujaan Najib tidak semuanya dikongsi peminat lain.

Malah sesetengah pihak menggunakan ruang di media sosial itu untuk mengungkit isu dana RM2.6 bilion yang kini masih menjadi perbualan hangat orang ramai.

Sebahagian peminat pula nampak "kecewa" dengan sokongan Najib.

Antaranya mereka menulis:

Sapar Bestes: 30 tahun aku sokong MU, bila aku tengok kau update macam ini, hari ini aku keluar dari MU serta merta.

Lieyo Luking Stone: Bab ini saja aku sokong Najib, benda lain sorry lah ye..#gloryglorymanunited.

Kp Ong: Dato Seri masih ada Mood tonton bola? Rakyat Malaysia sedang dalam Kebimbangan apa akan terjadi dengan negara kita ini.

Tulisan Najib tersebut mendapat hampir 10,000 like dan dikongsi lebih 2,000 kali, selain mengundang 7,000 lebih komen.

Lihat Komen
ADS