Lagi kes pemain bola sepak gagal melapor diri untuk mengikuti latihan pusat Majlis Sukan Negara.

Mereka terdiri daripada R Dinesh yang mengalami kecederaan serta dua pemain Frenz United, Muhammad Izaffiq Ruzi dan Mohammad Amirul Muhamad, yang tidak muncul di Bukit Jalil Isnin lalu.

Mereka kemudian digugurkan dari skuad Harimau Muda C yang akan Laos bagi menyertak Kejuaraan AFF Bawah 19 mulai 22 Ogos ini.

Menurut FAM, jurulatih skuad itu Hassan Sazali telah mengganti pemain tersebut bagi melengkapkan pasukannya.

Pemain gantian ialah Muhammad Izzat Mohd Ramlee, Muhammad Shah Amirul Mohd Zamri dan Muhammad Danial Ashraf Abdullah.

Sementara itu, skuad negara diundi dalam kumpulan B bersama Vietnam, Myanmar, Singapura dan Timor Leste, manakala kumpulan A terdiri daripada Thailand, Australia, Kemboja, Brunei, Filipina dan Laos.

Bagi perlawanan pertama, Harimau Muda C bakal bertemu Timor Leste dijadualkan pada 23 Ogos.

Sebelum ini, skuad negara menghabiskan masa tiga bulan mengadakan perlawanan persahabatan di Slovakia.

Mereka berjaya merekodkan 15 kemenangan, satu seri dan satu kekalahan daripada 17 siri perlawanan persahabatan bersama kelab-kelab B-19 di Slovakia.