Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Eva tinggalkan Chelsea
Diterbitkan:  Sep 23, 2015 1:25 PM
Dikemaskini: 5:30 AM

Selepas memutuskan untuk keluar dari Stamford Bridge, Eva Carneiro dilaporkan 'berjuang' bagi mendapatkan pampasan lumayan daripada bekas majikannya.

Daily Telegraph hari ini melaporkan, Eva sepatutnya hadir melapor diri Jumaat lalu sebelum Chelsea menjadi tuan rumah kepada Arsenal. Bagaimanapun pegawai perubatan yang selalu menjadi perhatian itu tidak muncul seperti diarahkan.

Difahamkan ketika Chelsea membuat permintaan kepada Eva, beliau sudah nekad untuk meninggalkan Stamford Bridge selamanya.

Eva sebelum ini 'dihukum' Jose Mourinho kerana tergesa-gesa memasuki padang untuk memberi rawatan kepada Eden Hazard ketika di hujung perlawanan.

Bagaimanapun tindakan Mourinho itu tidak disenangi ramai.

Media melaporan Pengerusi Lembaga Penasihat FA England, Heather Rabbatts, adalah antara pihak yang mengecam insiden yang membawa kepada keluarnya Eva daripada tugasannya di Stamford Bridge.

Pegawai amat dihormati

"Berita peletakan jawatan Eva daripada Chelsea FC menyebabkan saya sedih dan marah. Dia adalah salah seorangn wanita penting dalam liga, doktor yang sangat dihormati dan bertindak penuh integriti dalam keadaan sukar," katanya.

Selepas insiden kontroversi it u Eva dilarang menyertai skuad The Blues dalam sebarang pertandingan EPL, malah tidak dibenarkan menghadiri sesi latihan atau memasuki hotel penginapan pemain.

Eva tidak kembali menjejakkan kaki ke pusat latihan Chelsea di Cobham sejak dia dikritik secara terbuka oleh Mourinho.

Seorang lagi pegawai perubatan yang turut dihukum Mourinho adalah pembantu Eva, Jon Fearn.

Namun ketika Eva memutuskan hubungan dengan Chelsea, Fearn yang juga seorang ahli fisioterapi dilaporkan bakal kembali ke Stamford Bridge menjelang perlawanan menentang Walsall awal pagi esok (waktu Malaysia).

Sementara itu FA England dilaporkan menyiasat Mourinho kerana dipercayai mengungkapkan kata-kata menghina wanita dan keji terhadap Eva pada hari pertama perlawanan EPL itu.

Siasatan itu dimulakan pada awal minggu depan selepas FA England menerima aduan menerusi emel.

Pengurus yang menggelarkan dirinya sendiri sebagai The Special One itu berdepan larangan lima perlawanan jika terbukti bersalah.

Lihat Komen
ADS