Senarai 23 pemain skuad Harimau Malaya kendalian Datuk Ong Kim Swee dirombak lagi sebagai persediaan menentang Laos dan Timor Leste pada 8 dan 13 Oktober ini.

Daripada senarai sedia ada Kim Swee mengekalkan 15 pemain dan memilih lapan pemain baru baru untuk memantapkan pasukan negara.

Mereka ialah pertahanan kiri Terengganu, Zubir Azmi yang dipanggil semula selepas diketepikan ketika aksi bertemu Arab Saudi akibat kecederaan serta penjaga gol JDT, Izham Tarmizi Roslan.

Pemain lain yang dipanggil ialah Aidil Zafuan Abd Radzak dan Safee Sali (JDT), Shahrul Saad dan Christie Jayaseelan (Felda United), Hafiz Kamal (Pahang) dan Ismail Faruqi Ashari (Terengganu).

mengambil alih pasukan bertemu Arab Saudi di Stadium Shah Alam, 8 September lalu selepas Dollah Salleh meletak jawatan sekali lagi dirombak bagi persediaan menentang Loas dan Timor Leste 8 dan 13 Oktober ini.

Dengan senarai 23 pemain yang dipilih, Kim Swee dilihat memberi keyakinan kepada enam pemain JDT bagi mewakili skuad Harimau Malaya.

Terbaik hadapi Timor Leste

Beliau bagaimanapun terpaksa mengetepikan seorang lagi pemain JDT, Junior Eldstal kerana masalah kecederaan.

Seorang lagi pemain yang dibelenggu masalah itu ialah Razman Roslan (Pahang).

"Selepas menilai semua pemain dan masalah kecederaan menimpa Razman serta Junior Eldstal, beberapa pertukaran telah saya lakukan, termasuk menyenaraikan semula Safee Sali yang menunjukkan prestasinya cukup baik kebelakangan ini.

"Memang agak sukar untuk saya menamakan senarai 23 pemain kali ini tetapi saya percaya pemain yang baru dipanggil itu akan memantapkan lagi pasukan terutama di posisi tertentu," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan FAM, semalam.

Bagi Kim Swee, pemain yang disenaraikan itu adalah barisan t erbaik untuk berdepan Timor Leste bagi meneruskan saingan kumpulan A Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia.

"Keputusan perlawanan dengan Laos tetap juga perlu diambil serius kerana ia perlawanan persahabatan A yang melibatkan ranking.

"Tapi apa yang lebih penting saya mahu melihat keserasian serta kefahaman pemain mengenai taktikal yang akan cuba diterapkan," katanya.

Harimau Malaya kini berada pada kedudukan tercorot kumpulan dengan 17 gol bolos termasuk 10 gol yang dirobek pemain Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 September lalu.