Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sejak pembabitan beliau dalam arena bola sepak negara khususnya usaha membangunkan Johor Darul Ta'zim (JDT), Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilihat semakin ghairah mengangkat martabat skuad Harimau Selatan.

Sebagai Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail kini menjadi susuk penting yang bersungguh-sungguh menjayakan agenda secara terancang walaupun sesetengah pihak dilihat kurang senang dengan pembabitan beliau.

Terbaru, selepas JDT tewas 1-3 kepada Qadsia SF pada perlawanan pertama peringkat separuh akhir Piala AFC 2015, Tengku Mahkota Johor (TMJ) itu terus membakar semangat dan harapan peminat setia JDT.

Selepas bekerjasama dengan kelab gergasi Eropah, Borussia Dortmund (Jerman) dan Valencia FC (Sepanyol), Tunku Ismail dalam perancangan untuk mengadakan lawatan ke kelab gergasi Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) serta Barcelona.

"Saya merakamkan penghargaan kepada kawan saya, Saudara Peter Lim pemilik kelab Valencia CF dan salah satu penaja utama pasukan JDT yang banyak mengajar saya mengenai sukan bola sepak dari awal pembabitan saya hingga di tahap sekarang.

"Saya juga akan mengadakan pertemuan dengan Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi dan Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu semasa lawatan saya ke kelab berkenaan pada 13 Disember dan 18 Disember ini," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menegaskan masih banyak perancangan untuk dilaksanakan di masa akan datang bagi memajukan JDT,termasuk dari aspek pembangunan infrastruktur, program pembangunan akar umbi serta kewangan.

"Saya juga terus membuat kerjasama dengan kelab-kelab luar yang terkenal. Apa yang saya lakukan ini semuanya adalah demi Johor," katanya.

Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kawan saya, Saudara Peter Lim, pemilik kelab Valencia CF dan...

Posted by JOHOR Southern Tigers on Wednesday, September 30, 2015


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS