Pemain muda Manchester United, Anthony Martial, begitu yakin pasukannya akan meraih dua gelaran pada musim ini.
Pemain berusia 19 tahun yang sudah mencipta empat gol buat The Red Devils sejak berpindah ke Old Trafford bulan lalu dan optimis mereka mampu meraih trofi Liga Juara-juara dan juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
Man United kini di kedudukan ketiga berbeza dua mata berbanding pendahulu liga, Manchester City selepas tewas kepada Arsenal 0-3 pada saingan minggu lalu.
Sementara itu, di Liga Juara-juara anak buah Louis Van Gaal berada di kedudukan kedua kumpulan B dengan tiga mata yang turut diperolehi oleh tiga pasukan lain.
Martial memasang impian untuk melihat Man United meraih dua gelaran tersebut dan bernekad untuk berusaha merealisasikannya.
"Saya fikir kami boleh menjuarai EPL dan Liga Juara-juara musim ini. Kami adalah lima kelab tertas di Eropah," katanya yang memecah rekod pemain muda termahal di dunia.