EPL: City tak goyah tiada 5 tonggak utama
Pengurus Manchester City, Manuel Pallegrini mengesahkan pasukannya kehilangan lima pemain utama untuk berdepan dengan Manchester United, awal pagi Ahad.
Dalam kenyataan melalui akaun Twitter semalam, City menyatakan Pallergrini menyenaraikan Sergio Aguero, David Silva, Samir Nasri, Fabian Delph dan Gael Clichy tidak akan ke Old Trafford untuk bertemu seteru setempat mereka.
Ketiadaan Silva dan Aguero pastinya memberi masalah besar buat City untuk mempertahankan kedudukan mereka di tangga teratas liga.
Ini kerana, dua pemain tersebut adalah 'nadi' pasukan yang banyak memainkan peranan untuk mencipta gol.
Statistik menunjukkan, pada EPL musim ini Silva melakukan 16 gerakan bantuan buat rakan sepasukannya menjaringkan gol.
Bagaiamanpun, jurulatih dari Chile itu masih mampu menarik nafas lega kerana dua pemain barunya - Raheem Sterling dan Kevin de Bruyne - mula menunjukkan prestasi cemerlang.
Pemain kebangsaan England dan Belgium itu mula menjadi harapan dan membuktikan kemampuan mereka setanding dengan pelaburan yang dibuat City.
Di posisi serangan utama, Wilrfied Bony mungkin akan menggantikan Aguero untuk membolosi gawang The Red Devils .
Walaupun kurang menyerlah pada awal musim, Bony dilihat mula semakin panas selepas berjaya menyumbang dua gol ketika The Citizen menewaskan Bournemouth 17 Oktober lalu.
City dan anak buah Louis Van Gaal kini bersaing rapat sebagai pasukan yang terbaik di England.
Berbanding City, United berada di kedudukan ketiga liga dengan perbezaan jumlah gol dengan Arsenal di kedudukan kedua.

