Meskipun masih gagal mencatat kemenangan, Pengurus Liverpool Jurgen Klopp tetap menyanjungi tinggi semangat barisan pemainnya.

Keputusan 1-1 bertemu Southampton pada perlawanan ke-10 Liga Perdana Inggeris (EPL) awal padi tadi menyaksikan anak buah The Kop sekadar mampu seri buat kali ketiga berturut-turut di bawah kendalian Klopp

‎Bagaimanapun, Klopp tetap optimis dan menghargai pertarungan diharungi barisan pemain.

"Banyak perubahan baik yang saya lihat pada perlawanan malam ini," kata Klopp selepas perlawanan.

"Kami memiliki peluang dan melengkapi semua aspek yang diperlukan untuk mencipta kemenangan. Kami menjaringkan gol dan tentu saja mahukan kemenangan," kata bekas jurulatih Borussia Dortmund itu.

Pada aksi di gelanggang sendiri di Anfield, Liverpool mengungguli perlawanan hasil jaringan Christian Benteke pada minit ke-77.

Bagaimanapun, gol penyamaan Sadio Mane sembilan minit kemudian menafikan hasrat The Reds untuk meraih kemenangan pertama buah Klopp.

‎"Semua orang tahu kami perlu menghidari situasi seperti menghadapi Southampton‎," kata Klopp.

Dalam perlawanan itu, Liverpool kehilangan beberapa pemain utama susulan masalah kecederaan yang dihadapi Jordan Henderson, Dejan Lovren, Joe Gomes, Jon Flanagan, Danny Ings dan Daniel Sturridge.