Penyerang Arab Saudi, Mohammad al-Sahlawi menjaringkan lima gol sekali gus membantu negaranya memenam Timor Leste 10 - 0 di Dili hari ini.
Al-Sahwali yang menjadi antara pemain paling menonjol dalam saingan kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia kali ini menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama sebelum menambah koleksi peribadinya pada 45 minit kedua.
Yahya al-Shehri, Osama Hawsawi, Taisir al-Jassim, Naif Hazazi and Fahad al-Muwallad juga berjaya melakar nama masing-masing sebagai penjaring gol ketika salah seorang pemain Timor Leste, Adelino De Oliviera, dibuang padang kerana memungut kad kuning kedua di minit ke-88.
Kemenangan besar Arab Saudi itu membolehkan mereka berada kukuh di tempat pertama kumpulan A.
Semua dua pasukan teratas di setiap lapan kumpulan akan melangkah ke pusingan seterusnya selain mendapat tempat dalam Piala Asia 2019.
Kekal tanpa kalah sepanjang enam perlawanan, Arab Saudi mengumpul 16 mata dengan baki dua perlawanan lagi.
Dalam kumpulan sama Emiriah Arab Bersatu mengumpul 10 mata tetapi hanya tinggal satu perlawanan belum disempurnakan.
Nampak senang, kata jurulatih
Al-Sahwali memang menjadi tenaga penting di belakang kejayaan Arab Saudi dan menjadi penjaring terbanyak pusingan kelayakan ini dengan 12 gol peribadi daripada lima perlawanan.
"Siapa yang menjaringkan gol tak penting. Apa yang penting ialah kemenangan pasukan. Saya harap kejayaan ini akan membolehkan kami kekal di depan sehingga pusingan akhir Piala Dunia," katanya.
Dalam perlawanan pusingan pertama antara Arab Saudi - Timor Leste di Jeddah pada September lalu, Al-Sahwali, 28, turut menjaringkan tiga gol.
Timor Leste pula gagal mencatat sebarang kemenangan dalam tujuh perlawanan.
Mereka turun tanpa tujuh pemain kelahiran Brazil yang mengalami proses 'naturalisasi' ekoran bantahan kelayakan mereka oleh pasukan lain.
Dalam keadaan begitu Timor Leste hanya seri dengan Malaysia dan Palestin.
Dalam perlawanan tadi Timor Leste kelihata seakan menjanjikan sesuatu apabila berjaya mengekalkan kedudukan seri tanpa jaringan sehingga minit ke-29.
Namun pengadil menghadiahkan dua sepakan penalti kepada pelawat kemudiannya.
Sebelum perlawanan ditangguhkan untuk berehat, Arab Saudi memperoleh empat jaringan.
Bagi tempoh 10 minit terakhir Timor Leste bagaikan mengalah dengan membiarkan empat gol dijaringkan oleh lawan.
"Ia mungkin kelihatan kemenangan mudah tetapi ia tetap sukar kepada pemain yang memberikan usaha maksimum," kata jurulatih Arab Saudi, Bert van Marwijk.
