Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Jadual padat, Liverpool tetap tak akui tertekan
Diterbitkan:  Jan 2, 2016 12:56 PM
Dikemaskini: 5:01 AM

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dibayangi tugasan berat selepas menjelang tahun baru 2016 dengan cabaran besar terpaksa dihadapi pasukannya.

The Kop bakal berdepan dengan dua gergasi bola sepak England iaitu Arsenal dan Manchester United dalam saingan Liga Perdana English (EPL), Januari ini.

Jadual padat dengan tujuh perlawanan dalam masa 25 hari dilihat memberi tekanan kepada Klopp dan barisan pemainnya.

Bagaimanapun, jurulatih dari Jerman itu tidak mengganggap perkara itu sebagai bebanan.

"Buat masa ini, saya tidak boleh mengatakan Liverpool sangat menantikan perlawanan menentang Arsenal dan United.

"Kami perlu beri tumpuan kepada perlawanan lebih awal. Jadual memang padat, tetapi jika mahu berjaya kami perlu mengatasinya.

"Kami selesa kerana empat perlawanan di tempat sendiri, jauh lebih banyak berbanding pasukan lain," katanya seperti dilaporkan Four Four Two .

Selain itu, Klopp melihat pasukannya berjalan dengan positif walaupun sekadar menang tipis pada perlawanan terakhir.

"Perkara positif kini adalah kami dapat bermain dengan pelbagai gaya dan beradaptasi ketika melawan pasukan pilihan," ujarnya.

Malam ini, Liverpool akan diuji West Ham United untuk perlawanan pertama 2016 di gelanggang lawan.

Mereka dijadualkan berdepan The Gunners pada 14 Januari dan skuad The Red Devils tiga hari kemudian.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS