Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.Net) menafikan mengeluarkan kenyataan berhubung berita Kapten The Red Warriors (TRW), Mohd Badhri Radzi terlibat dalam kemalangan maut seperti yang tersebar di media sosial, hari ini.

Dalam penafian tersebut, Kelate.Net berkata, pihaknya sangat kesal atas tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang menyebarkan berita berkenaan dengan menggunakan nama mereka.

"Kelate.Net menganggap penyebaran berita karut seperti ini satu tindakan yang sangat tidak bermoral oleh ‘ keyboard warriors ’ bertujuan untuk memburuk-burukkan nama kelab ini sekali gus mencetuskan rasa cemas dalam kalangan penyokong bola sepak Kelantan.

"Kami tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis bagi mengheret pihak atau individu yang tidak bertanggungjawab itu bagi memastikan insiden seperti ini tidak lagi berulang pada masa akan datang," kata kenyataan tersebut.

Terdahulu sekeping gambar Mohd Badhri atau lebih dikenali dengan nama Piya itu diedit bersama gambar sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

"Al-fatihah, dukacita dimaklumkan Mohd Badhri Mohd Radzi (Piya) telah kembali ke rahmatullah setelah terlibat dalam kemalangan yang mengerikan sebentar tadi," tulis salah satu berita palsu yang disebar menggunakan nama yang sama dengan akaun Facebook Kelate.Net.

elate.Net nafi berita kematian kapten TRW Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.Net) menafikan ada mengeluarkan kenyataan berhubung berita Kapten The Red Warriors (TRW), Mohd Badhri Radzi terlibat dalam kemalangan maut seperti yang tersebar di media sosial, hari ini. Dalam penafian tersebut, Kelate.Net berkata, pihaknya sangat kesal di atas tindakan tidak bertanggungjawab pihak atau individu tertentu yang bertindak menyebarkan berita berkenaan dengan menggunakan nama mereka. "Kelate.Net menganggap penyebaran berita karut seperti ini satu tindakan yang sangat tidak bermoral oleh ‘Keyboard Warriors’ bertujuan untuk memburuk-burukkan nama kelab ini sekali gus mencetuskan rasa cemas dalam kalangan penyokong bola sepak Kelantan. "Kami tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis bagi mengheret pihak atau individu yang tidak bertanggungjawab itu bagi memastikan insiden seperti ini tidak lagi berulang pada masa akan datang," kata kenyataan tersebut. Terdahulu sekeping gambar Mohd Badhri atau lebih dikenali dengan nama Piya itu diedit bersama gambar sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. "Al-Fatihah, dukacita dimaklumkan Mohd Badhri Mohd Radzi (Piya) telah kembali ke rahmatullah setelah terlibat dalam kemalangan yang mengerikan sebentar tadi," tulis salah satu berita palsu yang disebar menggunakan nama yang sama dengan akaun Facebook Kelate.Net. Embed:

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.Net) menafikan ada mengeluarkan kenyataan berhubung berita...

Posted by Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim on Friday, 1 January 2016