Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan

Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) belum membuat kata putus berhubung syarat penajaan syarikat produk kecantikan Vida Beauty Sdn Bhd yang ditetapkan pengasasnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman.

Presiden Kafa, Tan sri Annuar Musa berkata, setakat ini persetujuan tersebut belum dibuat dan beliau kini sedang menunaikan ibdat Umrah di Mekah.

"Saya di Mekah, setakat ini belum," katanya ringkas ketika dihubungi Malaysiakini melalui aplikasi Whatsapp, petang tadi.

Sebelum ini Dr Hasniza dilaporkan mengesahkan Kafa telah bersetuju dengan dua syarat yang dikenakan pihaknya untuk menaja pasukan bola sepak Kelantan bagi musim 2016.

Hai sayang semua ... New baby produks . MILLENIA.. Senang di bawa..mudah digunakan.. Kunyah kunyah kunyahh.. Nyam nyammm jer.. Untuk puteh..gebu..licin ..berseri.. Rawat resding.. Cara mudah..nok comel.putihh. Rm 68 jer..sgt murah.. 30 biji sebotol..fast result.. Wsapp no 013 476 2314

A photo posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Menurut beliau, persetujuan mengenai syarat tersebut dimaklumkan Annuar menerusi aplikasi WhatsApp pada pagi hari ini.

"Saya ada terima mesej daripada Presiden Kafa menerusi WhatApp awal pagi tadi (Sabtu). Mesej itu menyatakan Kafa bersetuju dengan dua syarat itu," katanya seperti dilaporkan Mstar Online .

Terdahulu, Dr Hasmiza meletakkan dua syarat iaitu melibatkan perubahan warna Stadium Sultan Muhammad IV kepada merah jambu dan nama The Red Warrior ditukar menjadi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors ditetapkan sekiranya kafa mahu ditaja syarikatnya.

Berita mengenai syarat tersebut telah menjadi viral di laman sosial di kalangan peminat skuad The Red Warriors (TRW) dengan pelbagai reaksi.

Selain itu, Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md Noor ketika dihubungi berkata, beliau turut tidak mengetahui persetujuan seperti dilaporkan portal atas talian tersebut.

"Setakat ini setahu saya belum ada sebarang keputusan. Saya tak mahu komen lanjut berhubung kenyataan beliau (Dr Hasmiza) itu," katanya kepada Malaysiakini .

Sementara itu, Annuar sebelum ini mengingati pihak yang mahu menaja pasukan itu supaya tidak membincangkannya dalam media sebelum ada rundingan sebenar.

"Ini untuk mengelak silap faham dan mengganggu rundingan dengan penaja penaja lain. Sebarang tajaan perlu mengikuti prosedur tertentu dan harus ada rundingan secara rasmi.

"Saya pohon perkara ini di hormati dan Kafa tidak mahu isu tajaan menimbulkan salah faham kepada mana-mana pihak," katanya.

Lihat Komen
ADS