JDT 'makan besar' di gelanggang sendiri
Antara dua darjat - itulah gambaran yang mungkin dapat menjelaskan jurang kekuatan JDT yang berpesta gol menumpaskan Ayeyawady United 8-1 sebentar tadi.
Skaud Harimau Selatan mengaum garang sekali gus membuktikan mereka bukanlah lawan yang setaraf jaguh dari Myanmar itu.
Pada saingan kumpulan H di Stadium Tan Sri Hassan Yunos malam ini pesta gol bermula seawal minit kelima dengan dimulakan kapten JDT, Safiq Rahim.
Malah, pemain paling bernilai musim lalu itu turut mencatatkan hatrik peribadi pertamanya bagi musim 2016.
Kawalan kemas, tenang dan teratur dilihat menjadi wajah persembahan JDT di semua peringkat walaupun diberi tentangan tidak kurang hebat oleh pasukan pelawat.
Justeru selain jentera serangan yang mantap, barisan pertahanan JDT yang dikemudi pemain dari Brazil, Marcos Antonio serta Aidil Zafuan Razak memang layak mendapat pujian.
Namun dengan status juara bertahan, JDT nampaknya mencorak gerakan lebih sempurna berbanding Ayeyawady dan menguasi setiap posisi untuk mengucar-kacir benteng pertahanan lawan.
Mac hadapi kelab India
Hantaran pendek dan banyak percaturan serangan berpunca dari bahagian kanan memperdayakan anak buah Kyaw Lwin.
Larian pantas pemain sayap kanan JDT, S Kunalan dan hantaran-hantaran silangnya pula banyak memberi peluang buat pasukan tuan rumah
Begitu juga dengan kelibat Nazrin Nawi, Pereyra Diaz dan Maritin Lucero menjadi watak penting dalam jentera JDT.
Walaupun tampil dengan permain tenang, JDT mengejutkan pemain Ayeyawady dengan siri serangan balas pantas yang sukar dipatahkan.
Skuad Harimau Selatan bukan saja memberi peluang kepada pemain penyerang untuk mencipta nama sebagai penjaring malah Antonia dan Aidil Zafuan turut berpeluang menjadi pencetak gol.
Kemenangan itu sekali gus memperbaharui rekod JDT ke atas Ayeyawady pada musim lalu yang mencatatkan keputusan 5-0.
Dengan kemenangan ini, JDT melepasi halangan pertama cabaran Piala AFC 2016 dengan mengutip tiga mata penuh untuk dijadikan pembakar semangat berdepan Bengaluru FC (dari India) pada perlawanan kedua 9 Mac ini.
2016 AFC CUP - GROUP H | 24TH FEBRUARY 2016Full TimeJDT [8]-[1] AYEYAWADY UNITED(Safiq Rahim 5', 48', 62' / Jorge...
Posted by JOHOR Southern Tigers on Wednesday, February 24, 2016

