Beregu campuran negara, Goh Liu Ting dan Chan Peng Soon semakin menghampiri gelaran pertama mereka musim ini selepas mara ke final Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka New Zealand, hari ini.

Dalam saingan separuh akhir di Auckland, gandingan emas Sukan Asia 2010 itu melakukan kejutan apabila bangkit selepas ketinggalan set pertama 19-21 untuk menyingkirkan pilihan utama, Ko Sung Hyun/Kim Ha Na dari Korea Selatan.

Liu Ting/Peng Soon, selaku pilihan ketiga kejohanan, terpaksa berhempas pulas selama sejam untuk mengalahkan gandingan Korea itu dalam dua set berikut 21-10 dan 24-22.

Menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF), www.bwfbadminton.org. Liu Ting/Peng Soon akan menentang gandingan China, Zheng Siwei/Li Yinhui pada final esok.

Sementara itu, aksi cemerlang pemain remaja negara, Soo Teck Zhi tersekat di separuh akhir perseorangan lelak apabila tewas dalam straight sets 18-21, 17-21 kepada pemain China, Huang Yuxiang.

-Bernama