Untuk tempoh yang agak lama semalam ketika orang ramai heboh dengan trending #PanamaPapers dunia Twitter juga 'meriah' dengan #Wrestlemania.
Sehingga pagi ini hastag itu digunakan lebih 1.1 juta kali di seluruh dunia.
Apakah yang menarik sangat di acara gusti itu?
Ia adalah tentang lompatan epik Shane McMahon, kemudian ada pula kemunculan The Rock, selain penampilan Stone Cold Steve Austin.
Tidak ketinggalan kejayaan Roman Reigns dan kehadiran legenda bola keranjang AS, Shaquille O'Neal. Ia antara paparan paling menarik WrestleMania 32 semalam.
World Wrestling Entertainment (WWE) juga mencatat sejarah baru apabila membuat kutipan tertinggi sebanyak AS$17.3 juta melalui acara berkenaan.
Acara yang membariskan superstar baru dan lama gusti profesional serta celebriti terkenal Hollywood itu sememangnya dinanti-nanti ramai.
Dan bagi anda yang terlepas mengikuti perlawanan tersebut, berikut adalah detik-detik hebat WrestleMania 32.
Roman Reigns mengatasi Triple H
Kejuaraan World Heavyweight WWE kini milik Roman Reigns yang merangkul kejuraan itu buat kali ketiga.
Kali ini 'mangsa' Leati Joseph "Joe" Anoa'i (nama sebenar Roman Reigns yang berasal dari Florida, AS) adalah Triple H.
Triple H tiba dengan ditemani isterinya, Stephanie McMahon manakala sepanjang pertandingan itu Reigns diejek penonton.
Perlawanan menunjukkan tanda-tanda akan dimenangi Triple H, namun keadaan bertukar sebaliknya Stephanie memasuki gelanggang.
Gerakan berbahaya dilakukan Reigns terkena isteri Triple H dan berlaku keadaan kelam-kabut sebelum kejayaan berpihak kepada bekas pemain bola sepak Kanada itu.
Baron Corbin unggul
Kejutan terbesar berlaku dalam acara Andre Memorial Battle Royale apabila Baron Corbin dari NXT dinobatkan sebagi pemenang apabila dia menewaskan 20 penggusti lain, termasuk Mark Henry, Kane dan Big Show.
Namun penampilan legenda NBA Shaquille O'Neal paling mencuri tumpuan ramai dalam acara tersebut.
Thanks @steveaustinBSR & @RealMickFoley for a fun night last night at #WrestleMania !! Will they show us on #RAW ?đ pic.twitter.com/duM8EoGHTO
— Shawn Michaels (@ShawnMichaels) April 5, 2016
Undertaker, Shane McMahon bertemu dalam 'sel'
Keputusan yang dijangka ramai ialah Undertaker dengan mudahnya akan menewaskan Shane dalam acara Hell In The Cell. Namun dia terpaksa akur dengan kehebatan Dead Man.
Shane pula tidak mengecewakan peminat melalui aksi 'berani mati' terjun junam dari ketinggian tujuh meter dari atas sel sekali gus memecahkan rekod Mick Foley sejak 20 tahun lalu apabila dia mencatat ketinggian lima meter.
Charlotte juara baru wanita
Charlotte mengekalkan penguasaannya bagi kategori wanita setelah menewaskan Sasha dan Becky bagi merangkul kemenangan Women’s Title Triple Threat yang diperkenalkan WWE baru-baru ini.
Women’s Title Triple Threat dibuat bagi mengantikan kejuaraan The Divas Championship.
Brock Lesnar juara 'pertarungan jalanan'
Dean Ambrose melakukan segala aksi yang perlu termasuk menggunakan alat pemadam api dan kawat berduri yang dililit pada kayu besbol - pemberian Foley - untuk menumbangkan Lesnar.
Namun Ambrose akhirnya terpaksa akur dengan kekuatan penggusti digelar The Beast itu.
Perlawanan berlangsung untuk acara No-hold Barred Street Fight.
League of Nations dan penampilan mengejutkan
Ketika perlawanan League Of Nations dan New Day bagi acara Battle for Tag Team Supremacy berlangsung penonton tiba-tiba dikejutkan dengan kemunculan tiga lagenda gusti profesional iaitu Shawn Michael, Stone Cold and Mick Foley.
Mereka menyumbang kepada kemenangan League Of Nations dan pengujung perlawanan itu diraikan dengan acara tarian dan meminum bir.
From #WrestleMania to the #NationalChampionship . @SHAQ rolls in! https://t.co/Z3XkK0yln6
— Bleacher Report (@BleacherReport) April 4, 2016
Chris Jericho menewaskan Styles.
Penampilan sulung AJ Styles dalam WrestleMania tidak seperti yang dijangka apabila tewas dia ditangan Chris Jericho.
Ia adalah kekalahan kedua Styles dalam empat pertemuan sejak dia memulakan kerjaya dengan WWE.
Zack Ryder kejutkan peminat
Zack Ryder yang bermula sebagai penggusti bukan pilihan gelaran Intercontinental mengejutkan peminat gusti apaila berjaya menewaskan Sami Zayn, Dolph Ziggler and Miz bagi merangkul kejuraan berkenaan.
Dudley Boyz tumbang
Dudley Boyz bermula dengan baik mengasak lawan mereka, Usos, tetapi Jimmy dan Jey bijak menyambar peluang dengan aksi pantas menewaskan popular berkenaan melalui gerakan superkicks double.
Usos kemudian diumum memenangi perlawanan Tag Team Grudge.
Perlawanan lain turut menyaksikan Ryback tewas di tangan Kalisto dalam acara US Championship dan Brie Bella menewaskan Naomi dalam acara 10 Women tag match.
Acara bersejarah ini turut disiarkan melalui tontonan prabayar seluruh dunia.
