JDT gagal menang di Kota Bharu
Gergasi bola sepak tempata, JDT gagal emerusikan rentak kemenangan mereka apabila sekadar seri 2-2 bertemu Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi.
Pada perlwanan ketujuh Liga Super itu, JDT tampil menguasai permainan seawal separuh masa pertama, manakala pasukan tuan rumah dilihat begitu hambar.
Malah, penyerang import JDT Juan Lucero berjaya meletakkan skuad harimau Selatan di depan dengan jaringan seawal minit ke-10.
Seperti biasa, anak buah Mario Gomez tampil dengan gerakan dan hantaran pendek dengan mendominasi setiap posisi padang.
Sementara barisan pemain Kelantan dilihat tertekan apila setiap gerakan mudah dipatahkan lawan.
Anak buah K Devan jelas kekurangan idea sepanjang babak masa pertama dan banyak hantaran dicipta melalui lambungan jauh.
Dengan meletakkan Dramane Troare sebagai penyerang depan, bagaimanapun posisi tengah Kelantan kurang berfungsi dengan baik.
Malah Troare turut dirantai ketat oleh pemain pertahanan JDT.
JDT juga mempunyai banyak peluang, bagaimanapun gagal menemui penyudah yang menghasilkan gol sehingga keputusan 1-0 kekal untuk tempoh 45 minit pertama.
Kelantan kembali melawan
Babak kedua bersambung pasukan pelawat meneruskan penguasaan mereka, namun Kelantan mula mempamerkan corak persembahan berbeza.
Walaupun JDT berjaya memperolehi jaringan kedua di minit ke-53 juga melalui Lucero, ternyata tidak mematahkan semangat pemain Kelantan.
Percaturan Devan dengan merehatkan kapten skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warrior - Mohd Badri Radzi diganti dengan Johanthan Lucca, nampaknya mengubah pola pergerakan serangan mereka.
Namun, jaringan melalui tandukan cantik Indra Putra Mahyuddin dua minit selepas gol kedua JDT mengubah psikologi dan mental di kalangan pemain Kelanta.
Mereka kembali menguasai permainan dengan persembahan tenang, bersemangat dan lebih teratur sehingga berjaya mengutip gol penyamaan di minit ke-67.
Jaringan yang berpunca dari hantaran silang Brendan Gan sempat ditanduk Wan Zaharulnizam di penjuru kiri gawang JDT untuk kedudukan seri 2-2.
Sementara itu, satu lagi pertemuan menyaksikan Felda United menewaskan Selangor 3-1 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.
Keputusan itu sekali gus meletakkan Felda di tangga teratas liga mengatasi JDT di kedudukan kedua dengan kelebihan satu mata.

