Keputusan undian bagi perlawanan separuh akhir Liga Juara-juara yang berlangsung di Nyon, Switzerland petang tadi (waktu Malaysia) menyaksikan wakil tunggal dari England, Manchester City berdepan laluan sukar menghadapi gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Dua lagi kelab yang turut layak ke peringkat separuh akhir mempertemukan gergasi Jerman Bayern Munich ditentang kelab dari Sepanyol, Atletico Madrid.

Manchester City melangkah ke peringkat separuh akhir selepas menewaskan kelab Juara Ligue 1, Paris-Saint Germain (PSG) dengan agregat 3-2 pada Rabu lalu.

PSG kini bertakhta kukuh di tempat pertama Ligue 1 ketika baki perlawanan masih ada lima lagi

Kelab itu mengumpul 83 mata manakala kelab kedua Lyon jauh tertinggal 28 mata.

Madrid pula bangkit pada perlawanan suku akhir kedua menewaskan Wolfsburg untuk keputusan 3-2 secara agregat selepas mereka tewas 0-2 pada perlawanan suku akhir pertama.

Satu lagi kelab Sepanyol, Atletico menyingkirkan pendahulu La Liga Barcelona juga dengan agregat 3-2 di saingan suku akhir.