Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Wanita dan Formula 1: Ecclestone kena kecam
Diterbitkan:  Apr 21, 2016 10:22 AM
Dikemaskini: 6:17 AM

Ketua Eksekutif Formula 1 Bernie Ecclestone menjadi sasaran kritikan ramai personaliti terkenal ekoran komennya mengenai kemampuan wanita dalam sukan lumba kereta.

Personaliti televisyen yang selalu menyebabkan kontroversi Piers Morgan berkata sukan lumba kereta mempertandingkan kemahiran seseorang dan bukan pertembungan fizikal secara langsung.

"Saya sukar mempercayai wanita tdak boleh sepantas lelaki dalam Formula 1. Mengapa mereka tidak boleh?" katanya.

Menurut Morgan dia juga percaya wanita perlu mendapat peluang setara dengan lelaki - kecuali pada bidang sukan tertentu seperti tinju.

Semalam Ecclestone, 85, berkata pemandu wanita "tidak akan diberi perhatian serius" dalam Formula 1 dan percaya mereka "tidak bersedia secara fizikal" memandu secara laju.

Cakap ikut sedap mulut

Dalam kenyataannya di satu persidangan pengiklanan di Britain, Ecclestone turut memberi kenyataan kontroversi lain, seperti mencadangkan Presiden Russia Vladimir Putin untuk "mentadbir Eropah" serta menyokong hartawan Donald Trump sebagai presiden AS.

Ecclestone adalah warga Britian dan tidak layak mengundi memilih presiden AS.

Kepada umum Ecclestone turut mendakwa pendatang asing tidak menyumbang apa-apa kepada pembangunan United Kingdom.

Pada 2009 dia juga memuji Adolf Hitler sebagai seorang pemimpin "yang mampu menyempurnakan tugas".

Pemandu British Pippa Mann adalah antara tokoh yang dilihat bosan dengan komen Ecclestone.

Berpengalaman bertanding empat kali dalam siri perlumbaan Indianapolis 500 dan pemenang siri Indy Lights AS itu menulis di Twitter: "Mungkin seseorang perlu mengingatkan dia kereta IndyCar tidak mempunyai stereng kuasa, dan kami mampu mengendalikannya."

Mengikut sejarah bukannya tidak ada wanita bertanding dalam sukan lumba kereta.

Sigh. 🙄 #HereWeGoAgain https://t.co/0TgvAG7LvU

— Pippa Mann (@PippaMann) April 19, 2016

Dear Mr E. Obviously you're right. It's lack of muscle that's the issue for drivers like me, not lack of money... pic.twitter.com/Yc68erJGL1

— Pippa Mann (@PippaMann) April 20, 2016

Pada 1958 hingga 1959 Maria Teresa de Filippis mencuba nasib dalam tiga perlumbaan namun gagal mengutip sebarang mata.

Pelumba lain ialah:

  • Maria Teresa de Filippis (1958-1969)
  • Lella Lombardi (1974-1976)
  • Divina Galica (1976 & 1978)
  • Desire Wilson (1980)
  • Giovanna Amati (1992)

Pemandu siri Perlumbaan ARCA, Leilani Munter, menganggap kenyataan Ecclestone "amat memalukan, keji" yang keluar daripada "lelaki tua yang mempunyai pandangan purba".

Ambil di luar konteks

Sementara itu pemandu ujian pasukan William, Susie Wolff mempertahankan Ecclestone walaupun percaya wanita tetap mampu berjaya dalam Formula 1.

"Seorang wanita boleh bersedia secara fizikal memandu kereta Formula 1 dan saya membuktikannya di Barcelona," katanya.

Susie kini dikenali sebagai pengasas kumpulan Dare to be Different, sebuah inisiatif bebas untuk meningkatkan penyertaan golongan wanita dalam sukan permotoran.

Kata Susie, 33, seperti orang lain dia juga kecewa apabila mula-mula membaca berita mengenai kenyataan Ecclestone itu.

Bagaimanapun, katanya, selepas bercakap sendiri dengan Ecclestone dia mendapati kenyataan tersebut diambil media di luar konteks sebenar.

"Topik yang dibincangkan Ecclestone itu lebih luas dan komen dia sebenarnya tidak seburuk yang kita dengar.

"Dia juga berkata Formula 1 akan mendapat banyak manfaat dari segi komersial jika ada pelumba wanita yang berjaya," katanya.

Lihat Komen
ADS