Selepas enam perlawanan di peringkat kumpulan, Selangor mengakhiri saingan Piala AFC 2016 apabila tewas 0-1 bertemu Tampines Rovers, malam ini.

Skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan sekadar melengkapkan posisi ketiga kumpulan E dengan kutipan lapan mata.

Keputusan itu menyaksikan The Red Giant terkandas untuk meneruskan saingan ke peringkat seterusnya.

Pada aksi di Stadium Nasional Singapura itu, kunjungan Selangor dikecewakan oleh gol tunggal tuan rumah pada minit ke-32.

Jaringan Yasir Hanapi itu meletakkan Tampines di kedudukan kedua kumpulan dengan mengutip 10 mata.

Pendahulu kumpulan itu pula menjadi milik kelab dari Filipina, Ceres FC yang mengumpul 12 mata.

Sepanjang kempen Piala AFC kali ini, Selangor masing-masing mencatat dua kemenangan, seri dan tewas.

Turut tersingkir wakil dari Bangladesh, Sheikh Jamal DhC sekadar menamatkan saingan di posisi keempat dengan tiga mata.