Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
K Devan akhirnya tinggalkan Kelantan
Diterbitkan:  May 11, 2016 9:42 PM
Dikemaskini: 1:48 PM

Ketua jurulatih Kelantan K Devan dilapor melepaskan jawatannya bersama skuad The Red Warriors (TRW) atas alasan peribadi.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) pula dikatakan sudah menerima surat peletakan jawatan Devan dan mengumuman rasmi akan menyusul dalam tempoh terdekat.

"Saya sudah menghantar surat peletakan jawatan atas sebab peribadi.

"Saya berterima kasih kepada Kafa kerana memberi sokongan untuk tempoh enam bulan ini," katanya seperti dilaporkan NST Online.

Portal berita berbahasa Inggeris itu melaporkan, Devan sebelum ini menghadapi waktu sukar ketika bersama Kelantan ekoran pelbagai gangguan daripada beberapa pihak.

Di permulaan musim 2016, skuad Kelantan memulakan kempen di Liga Super sebagai pasukan popular apabila menerima tajaan utama daripada syarikat pengeluar barangan kecantikan, Vida Beauty Sdn Bhd.

Dengan penajaan bernilai RM16 juta untuk tempoh dua musim itu, tajaan berkenaan dianggap memberi nafas baru dan harapan tinggi untuk melihat arena bola sepak tempatan berkembang dengan lebih meriah.

Ramai pihak juga berasa tertarik apabila TRW muncul pasukan pertama di Malaysia ditaja syarikat kosmetik.

Namun, panas yang disangka berlanjutan ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari.

Selain masalah aliran dana tajaan, Kelantan juga dihimpit masalah tunggakan gaji berpanjangan.

Kelantan di bawah kendali Devan sehingga pertengahan musim ini berada di berada tangga keenam Liga Super dengan 12 mata.

Devan menjadi jurulatih kelima yang meletak jawatan atau direhatkan sepanjang musim ini.

AWal Februari lalu, Terengganu menjadi pasukan pertama merehatkan jurulatihnya, Ahmad Yusoff. Tindakan itu diikuti Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang yang merehatkan Jacksen Tiago bulan lalu.

Terdahulu, Ahmad Shaharuddin Rosdi meletak jawatan sebagai jurulatih Pahang pada Mac lalu dan semalam, K Rajagobal turut meninggalkan pasukan Sarawak.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS