Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Piala Thomas: Skuad negara ke separuh akhir
Diterbitkan:  May 19, 2016 5:18 PM
Dikemaskini: 9:26 AM

Skuad Piala Thomas negara berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir selepas menewaskan Taiwan 3-1 pada saingan suku akhir di Kunshan, China sebentar tadi.

Malaysia meraih mata pertama melalui kemenangan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei yang mengatasi Chou Tien Chen dengan keputusan 21-18, 21-18 dalam dua set.

Bagaimanapun, beregu negara Goh V Shem dan Tan Wee Kiong tewas kepada pasangan Lee Sheng Mu dan Tsai Chia Hsin melalui penentuan set ketiga.

Set pertama beregu negara mencatat keputusan 21-16 sebelum tumpas 19-21 pada set kedua. Walaupun memberi saingan sengit di set penentuan, bergu Taiwan berjaya menyamakan kutipan mata dengan keputusan 19-21.

Sementara itu, seorang lagi pemain perseorangan negara Iskandar Zulkarnain Zainuddin berjaya memberi mata kedua Malaysia dengan menumpaskan Hsu Jen Hao dalam dua set berturutan.

Walaupun tampil sebagai underdog, Iskandar yang juga pemain di ranking ke-34 dunia menang mudah ke atas pemain di kedudukan 24 dunia itu dengan keputusan 21-8 dan 21-13.

Mata ketiga skuad negara pula berjaya dikutip melalui beregu Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong menumpaskan pasangan Chen Hung Ling/Wang Chi-Lin 21-16 dan 22-20.

Kemaraan ke pusingan separuh akhir itu menyaksikan skuad negara bakal berdepan cabaran pemenang perlawanan antara Jepun dan Denmark yang bertemu di gelanggang malam ini.

Lihat Komen
ADS