Harimau Malaysia tunjuk taring
Diterbitkan: Jun 3, 2016 9:21 AM | Dikemas kini: Jun 3, 2016 9:32 AM
Skuad Harimau Malaysia berjaya membenam Timor Leste 3-0 pada aksi play-off pertama kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.
Ia sekali gus memberi bekalan selesa menjelang aksi timbal balik pada Isnin ini.
Kemenangan itu adalah yang pertama bagi skuad bola sepak kebangsaa selepas mencatat dua keputusan seri berdepan Macau dan Myanmar dalam aksi persahabatan, masing-masing pada Mac dan Mei lalu.
Pada aksi malam tadi, pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee itu ternyata menguasai permainan sebaik perlawanan bermula.
-Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.