Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Euro 2016: Sepanyol atasi Republic Czech 1-0
Diterbitkan:  Jun 13, 2016 11:29 PM
Dikemaskini: 3:34 PM

Juara bertahan edisi lalu, Sepanyol berjaya mengutip tiga mata walaupun sekadar menang tipis 1-0 berdepan Republic Czech, sebentar tadi.

Pada perlawanan pertama bagi kedua-dua pasukan dalam kumpulan D itu, skuad La Furia Roja mencipta gol tunggal selewat minit ke-87 untuk mendahului lawan.

Jaringan Gerard Pique itu juga merupakan gol pertamanya ketika beraksi bersama pasukan negaranya.

Aksi di Stadium Municipal, Toulouse Perancis itu, Sepanyol tampil menguasai permainan dengan 67 peratus penguasaan bola berbanding Republic Czech.

Malah anak buah Vicente Del Bosque melepaskan 17 sepakan ke arah gawang dengan lima peluang menepati ke arah pintu gol.

Kecemerlangan penjaga gol Republic Czech, Petr Cech bagaimanapun menggagalkan beberapa peluang keemasan Sepanyol.

Kebuntuan kedua-dua pasukan akhirnya digegarkan dengan tandukan Pique yang menyempurnakan umpanan Andres Iniesta.

Sementara Republic Czech sekadar mempunyai tujuh peluang percubaan dengan 33 peratus penguasaan bola sepanjang permainan.

Terdahulu, saingan kumpulan D juga menyaksikan Croatia menewaskan Turki 1-0.

Lihat Komen
ADS