Giggs angkat kaki dari Old Trafford
Selepas 29 tahun mengabdikan diri bersama Manchester United, legenda dan penolong pengurusnya, Ryan Giggs dilaporkan akan meninggalkan Old Trafford dalam waktu terdekat.
Giggs menggalas tanggungjawab sebagai pembantu Louis Van Gaal selama dua tahun sebelum pengurus itu dipecat pada Mei lalu.
Kehadiran Jose Mourinho sebagai pengurus baru skuad The Red Devils menjadi penyebab untuk bekas pemain sayap itu berundur.
Seperti kebanyakan pengurus lain Mourinho juga mempunyai kumpulan orang kepercayaannya sendiri untuk membantu tugas bakal didepaninya di Old Trafford.
Untuk jawatan penolong pengurus orang kepercayaan Mourinho ialah Rui Faria.
29 years.
— Man Utd Videos ⚽️ (@ManUtdVines) July 1, 2016
963 appearances.
168 goals
34 trophies
1 club.
Ryan Giggs ?https://t.co/8MFsawC1T0
Di sisi lain, Mourinho dijangka akan menawarkan Giggs sebagai jurulatih pasukan muda kelab itu.
Namun, bekas pemain kebangsaan Wales itu dilaporkan terlalu kecewa kerana tidak diangkat pengurusan untk menggantikan Van Gaal.
Sepanjang karier bersama MU prestasi Giggs begitu cemerlang. Antaranya memenanggi 13 trofi EPL dan mencatat penampilan tertinggi dalam sejarah kelab sebanyak 963 kali.
Kini berusia 42 tahun, Giggs sebelum ini sempat menjadi pemain merangkap pembantu jurulatih ketika pasukannya dibimbing David Moyes. Dia kemudian membuat keputusan untuk bersara pada 19 Mei 2014.
Selain itu, dia juga berpengalaman sebagai pengurus sementara MU antara 22 April hingga 11 Mei 2014.
Selama MU di bawah pengawasannya kelab gergasi England itu merekodkan dua kemenangan, satu seri dan beberapa kekalahan.

