Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan

Pasukan bola jaring negara mara ke separuh akhir Kejohanan Bola Jaring Asia ke-10 apabila menjuarai Kumpulan B selepas menewaskan Sri Lanka dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Bangkok, hari ini.

Setiausaha Persatuan Bola Jaring Malaysia, Zainon Md Noh yang juga ketua kontinjen negara, bagaimanapun berkata pasukan kebangsaan berdepan tentangan sengit dari Sri Lanka sebelum menang 38-32.

"Perlawanan menentang Sri Lanka berlangsung sengit dengan kedudukan suku pertama terikat 9-9, dan Malaysia mendahulu tipis 18-17 pada suku kedua, sebelum berjaya menjarakkan kedudukan dan menang pada suku ketiga," katanya kepada Bernama hari ini.

Turut berada dalam Kumpulan B bersama Malaysia ialah Jepun, Brunei dan Sri Lanka, manakala Kumpulan A terdiri dari Singapura, Taiwan, Hong Kong, Thailand dan Maldives.

Lawan Malaysia pada saingan separuh akhir akan diketahui selepas perlawanan merebut naib juara Kumpulan A antara Hong Kong dan Thailand esok.

Singapura muncul juara Kumpulan A dan akan bertemu Sri Lanka dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Zainon berkata sasaran pasukan negara pada kejohanan kali ini adalah mara ke perlawanan akhir.

-Bernama

Lihat Komen
ADS