Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Setiausaha, bendahari FAS tawar letak jawatan
Diterbitkan:  Aug 8, 2016 2:35 PM
Dikemaskini: 6:59 AM

Dua pegawai kanan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengumumkan kesediaan mereka melepaskan jawatan masing-masing susulan rombakan diumum presiden persatuan itu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Datuk S Sivasundaram selaku bendahari dan setiausaha agungnya Rosman Mohd Ibrahim mengumumkan perkara itu dalam kenyataan bersama hari ini.

"Kami telah mendapat makluman bahawa presiden FAS akan melaksanakan rombakan dan perubahan terhadap FAS dan pasukan bola sepak Selangor.

"Kami menyokong penuh hasrat ini dan berharap agar perubahan-perubahan dapat dilaksanakan dengan berkesan," katanya.

Kelmarin Azmin dalam kenyataannya mengumumkan FAS dan pasukan Selangor akan melakukan perubahan dalam masa terdekat ekoran prestasi semasa dipamerkan skuad bekenaan musim ini.

Justeru itu Sivasundaram dan Rozman berkata, mereka bersedia untuk mengundurkan diri bagi memastikan kelancaran proses transformasi seperti mana yang dihasratkan oleh presiden.

"Kami juga bersedia melepaskan jawatan dan sementara itu kami akan mengambil cuti dengan serta-merta bagi tujuan menjayakan proses transformasi ini.

"Lebih 20 tahun berkecimpung dalam bola sepak tempatan, isu seperti penjenamaan semula dan penstastawan adalah sesuatu yang mesti dilakukan lebih-lebih lagi sebagai sebuah pasukan yang mempunyai sejarah gemilang seperti Selangor," kata kenyataan itu.

Lihat Komen
ADS