Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
FAS terima pengunduran setiausaha, bendahari
Diterbitkan:  Aug 8, 2016 3:49 PM
Dikemaskini: 8:04 AM

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menerima tawaran peletakan jawatan setiausaha agungnya, Rosman Mohd Ibrahim dan Datuk S Sivasundaram selaku bendahari.

Presidennya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau sudah berbincang dengan pengurus Selangor, Amirudin Shari mengenai perkara itu dan berpendapat mereka menghormati keputusan dua pegawai kanan FAS berkenaan.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Rosman dan Sivasundaram atas khidmat dan sumbangan mereka terhadap perkembangan bola sepak Selangor.

"FAS sedang merencana langkah-langkah proaktif untuk mengekalkan kegemilangan sukan bola sepak Selangor," katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Rosman dan Sivasundaram hari ini mengumumkan kesediaan mereka melepaskan jawatan masing-masing susulan cadangan rombakan diumum Mohamed Azmin sebelum ini.

Semalam pengurusan FAS turut menamatkan kontrak ketua jurulatih The Red Giants, Zainal Abidin Hassan selepas kekalahan empat kali berturut-turut dalam saingan liga Malaysia.

Mohamed Azmin berkata, langkah proaktif yang direncanakan termasuk penswastaan pasukan dan program pembangunan komprehensif yang akan dibincangkan dalam mesyuarat exco tertinggi FAS minggu depan.

"Saya memberi jaminan bahawa FAS akan terus melalui proses reformasi sukan bersesuaian dengan aspirasi penyokong yang senantiasa memberi dorongan dan sokongan kepada skuad bola sepak Selangor," katanya.

Lihat Komen
ADS