Pemain NBA kongsi pengalaman di Malaysia
Kem latihan bola keranjang bersama Junior NBA peringkat kebangsaan berakhir semalam di One Utama selepas berlangsung selama tiga hari.
Ia diadakan untuk memilih 15 peserta dari Malaysia sebelum mereka mewakiili negara dalam satu kem latihan lain bersama peserta dari rantau Asia Tenggara.
Kem latihan Junior NBA dan pemilihan finalis bermula sejak bulan April lalu.
Program tersebut diadakan buat kali ketiga di Malaysia dan setakat ini melahirkan ramai bakat baru dalam arena bola keranjang.
Pemain tengah NBA dari Oklahoma City Thunders (OKC), Steven Adams, 23, turut beraksi ketika program latihan bersama peserta program itu.
Dia yang lebih dikenali dengan nama Steve Adams berasal dari New Zealand.
Pada program itu Adam berkongsi pengalamannya dengan peserta yang terdiri daripada bakat baru dan pemain kebangsaan.
Oklahoma City Thunders berjaya layak ke perlawanan NBA playoffs musim lalu namun gagal menundukkan Golden State Warriors untuk ke perlawanan akhir.
Program kem latihan Junior NBA di Malaysia adalah hasil kerjasama antara NBA, Westports Malaysia Dragons, Dutch Lady, Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

