Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Zainal bertanya FAS: Di mana silapnya?
Diterbitkan:  Aug 8, 2016 6:04 PM
Dikemaskini: 10:11 AM

"Saya masih memikirkan di mana silap saya," begitu luahan bekas bekas ketua jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan yang ditamatkan kontraknya serta-merta oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) semalam.

Mengakui keputusan drastik itu amat mengecewakannya, Zainal berkata beliau sudah cuba melakukan yang terbaik untuk skuad The Red Giants.

Namun, katanya keadaan menjadi lebih teruk apabila ramai pemain mengalami kecederaan sekali gus membantutkan hasrat pasukan untuk melakar kemenangan.

"Awal musim perjalanan boleh dikatakan baik dan sekarang pun Selangor masih di kelompok teratas.

"Cuma kalah berturut-turut itu yang menampakkan keadaan jadi lebih buruk," katanya seperti diaporkan mStar Online hari ini.

Zainal mula membimbing Selangor sejak Januari lalu menggantikan Mehmet Durakovic yang turut ditamatkan kontrak walaupun berjaya membawa pasukan menjuarai Piala Malaysia 2015.

Beliau bagaimanapun terpaksa akur dengan keputusan FAS yang dianggap sebagai mengejutkan itu.

"Saya kena terima keputusan itu dengan hati terbuka," katanya dipetik sebagai berkata.

Zainal memulakan kerjaya sebagai jurulatih pada 2001 dengan membimbing skuad bawah 17 Malaysia.

Selain pasukan Selangor, bekas pemain kebangsaan itu pernah mengemudi kelab Shahzan Muda FC dan Pahang.

Kini di usia 54 tahun, Zainal belum serik untuk meneruskan kariernya.

Tanpa sebarang pasukan untuk dibimbing secara langsung dia bercadang mahu menyambung kursus lesen kejurulatihan profesional yang sudah lama diidamkan.

Lihat Komen
ADS