Pelari pecut Jamaica, Usain Bolt dari Jamaica memenangi acara 100 meter (m) Olimpik Brazil dengan catatan masa 9.81 saat.

Ini adalah emas Olimpik ketiga berturut-turut miliknya.

Menurut AFP, kemenangan itu menjadikan Bolt semakin hampir untuk mencipta satu lagi sejarah iaitu pingat ketiga untuk tiga Olimpik berturut-turut bagi acara 100m, 200m dan acara lari berganti-ganti 4x100m.

Bolt, 29, adalah antara satu-satunya pelari pecut yang menyapu semua tiga emas dalam tiga temasya Olimpik berturut-turut.

Pemegang rekod dunia itu memaklumkan pada Februari lalu bahawa beliau akan bersara daripada arena olahraga selepas Kejohanan Dunia pada 2017 akan datang.

Pada larian hari ini, pelari pecut Amerika Syarikat, Justin Gatlin menang perak (9.89s) dan pelari Kanada, Andre de Grasse (9.91s) memperoleh gangsa.