Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
KFA pertimbang ganjaran buat skuad Helang Merah

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan mempertimbang ganjaran setimpal kepada skuad Kedah yang berjaya melangkah ke
peringkat separuh akhir Piala Malaysia.

Menteri Besar yang juga Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata prestasi ditunjukkan pemain pada masa ini amat baik setelah berjaya menundukkan Negeri Sembilan 5-0 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Darul Aman, malam tadi.

"Mengenai ganjaran kami akan pertimbangkan kerana seperti sebelum ini KFA ada memberi imbuhan kepada pemain tetapi apa yang penting sekarang supaya pemain dapat bermain sehabis baik di padang.

"Saya yakin dengan pengalaman dan semangat kesukanan yang ada pada pemain kami dapat membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Kedah," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar hari ini.

Ahmad Bashah turut meminta penyokong skuad Lang Merah untuk terus memberi sokongan bagi menyemarakkan semangat pemain, sekali gus mempamerkan aksi yang cemerlang.

Kedah akan menentang pasukan PDRM pada perlawanan separuh akhir Piala Malaysia pada 30 September ini.

-Bernama

Lihat Komen
ADS