Pemain skuasy kebangsaan, Low Wee Wern mara ke pusingan kelayakan kedua Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat 2016 selepas mengetepikan pemain Kanada Samantha J. Cornett dalam perlawanan straight di Philadelphia.

Wee Wern mengalahkan Cornett 11-5, 11-6 dan 11-5 untuk berdepan Salma Hany Ibrahim dari Mesir pada Jumaat waktu tempatan (Malaysia awal 12 jam daripada Philadelphia).

Dalam pusingan kelayakan lelaki, Mohd Nafiizwan Adnan akan bertemu Raphael Kandra dari Jerman selepas berhempas pulas untuk mengalahkan seorang lagi wakil Jerman, Charles Sharpes 8-11, 9-11, 11-6, 11-5 dan 11-6.

Ivan Yuen, turut melangkah ke pusingan kelayakan berikutnya selepas menang ke atas Zahed Mohamed dari Mesir 5-11, 11-7, 8-11, 11-5 dan 11-7 untuk menentang Henrik Mustonen dari Finland.

Sementara itu, ratu skuasy negara Datuk Nicol David, dan Delia Arnold akan memulakan kempen mereka dalam undian utama, masing masing untuk menentang Line Hansen dari Denmark dan Camille Serme dari Perancis.

-Bernama