Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
FAM denda PBJN, pemain JDT tolong bayar
Diterbitkan:  Nov 4, 2016 1:57 PM
Dikemaskini: 6:31 AM

Susulan denda FAM ke atas Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ), barisan pemain JDT mengambil tanggungjawab membalas jasa mereka kepada pertubuhan berkenaan.

Justeru mereka bersepakat membayar denda berjumlah RM30,000 ditetapkan FAM berkenaan menggunakan gaji masing-masing.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini JDT berkata pemain mereka - diketuai ketua pasukan Safiq Rahim - akan berkongsi wang sesama sendiri untuk melengkapkan jumlah berkenaan sebelum melunaskan kesemua denda tersebut.

"(JDT) telah dijatuhkan (denda) oleh FAM selepas tamatnya perlawanan di Perak beberapa bulan yang lalu iaitu sebanyak RM30,000.

"Para pemain menyarankan agar kelab JDT tidak perlu mengeluarkan duit untuk tujuan membayar denda tersebut. Mereka lakukan semua ini demi kasih sayang dan membalas jasa kelab selama ini," kata kenyataan di Facebook rasmi JDT hari ini.

Terdahulu, FAM melalui mesyuarat jawatankuasa tatatertib mendenda Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) dan PBNJ, masing-masing melibatkan dua kesalahan susulan kekecohan penyokong di Stadium Perak pada perlawanan Liga Super pada 6 Ogos lalu.

Sehubungan itu, pengurusan skuad Harimau Selatan menyeru kepada penyokong mereka agar menjaga tingkah laku pada masa akan datang agar perkara yang sama tidak berulang lagi.

Lihat Komen
ADS