Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Fatin Nurfatehah diangkat sebagai ikon wanita muda
Diterbitkan:  Nov 30, 2016 6:15 PM
Dikemaskini: 10:20 AM

Atlet memanah negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh diangkat sebagai ikon wanita muda dalam Perhimpunan Agung Puteri Umno di ibu negara hari ini.

Pemenang tiga pingat emas pada Sukan SEA di Singapura, tahun lepas, itu menganggapnya sebagai pembakar semangat untuknya melangkah lebih jauh dalam bidang sukan.

Fatin Nurfatehah, 25, juga berharap ia dapat memberi inspirasi kepada wanita muda lain, lapor Bernama.

Penuntut Universiti Sains Malaysia itu berkata usaha kerajaan mengiktiraf wanita dalam pembangunan sukan memberi peluang anak muda mencipta nama di peringkat antarabangsa.

Beberapa lagi tokoh muda turut diberikan anugerah itu berdasar pencapaian dalam bidang masing-masing.

Lihat Komen
ADS