SUKAN

Atlet pekak Malaysia tewaskan Vietnam

Bernama

Diterbitkan
Dikemaskini 5 Dis 2016, 2:18 tengahari

Malaysia memulakan kempen Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Asean 2016 penuh bergaya selepas mencatat kemenangan 4-0 ke atas Vietnam pada perlawanan pembukaan Kumpulan B, hari ini.

Pada aksi di Padang C Majlis Sukan Negara (MSN) itu, skuad negara mendahului 1-0 sebaik berakhir babak pertama, dengan gol dijaringkan Edelson Dell Evaristus pada minit ke-24.

Babak kedua bersambung menyaksikan Malaysia terus menguasai perlawanan sehingga dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Aqif Ikhwan pada minit ke-74, sebelum Razilawali meledak dua gol pada minit ke-79 dan 90 untuk mengesahkan kemenangan pasukan negara.

Malaysia akan bertemu Myanmar dalam aksi terakhir Kumpulan B, Rabu ini, manakala Vietnam dijadual menentang Myanmar, esok.

Sementara itu, dalam aksi pembukaan Kumpulan A menyaksikan Thailand mencatat kemenangan besar membelasah Kemboja 14-0, manakala Indonesia menundukkan Laos 6-4.

Thailand dijadual bertemu Laos, sementara Kemboja akan menentang Indonesia di Padang Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada aksi kedua Kumpulan A, esok.

Kejohanan dari 4 hingga 10 Dis itu merupakan kejohanan julung kali diadakan di peringkat Asean dalam usaha membuktikan orang pekak juga mampu menganjurkan temasya sukan serta bersukan seperti orang normal.

-Bernama

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.