Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images

Malaysia mengesahkan tempat ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Asean 2016 selepas berpesta gol membelasah Myanmar 16-0 di Padang C Majlis Sukan Negara (MSN), pada aksi terakhir Kumpulan B semalam.

Kemenangan tersebut meletakkan skuad negara selaku juara Kumpulan B selepas mengumpul enam mata, diikuti Vietnam selepas turut menewaskan Myanmar 18-2, semalam.

Penyerang negara, Razilawali Wahab muncul wira pasukan apabila meledak tujuh gol, sementara Faza Firdaus Ghazali dan Nasharuddin Razali, masing-masing menyumbat dua gol.

Sementara Mak Chee Weng, Naim Mat Leh, Aqif Syafiq Maathe, Rahmatuddin Huzaizi dan Firdaus Sabudin, pula masing-masing menjaringkan satu gol untuk memastikan pasukan negara menutup tirai saingan kumpulan dengan penuh bergaya.

Dalam saingan Kumpulan A, Thailand melengkapkan jadual peringkat kumpulan dengan meraih kemenangan ketiga selepas mengalahkan Indonesia 7-2 dan mengumpul sembilan mata keseluruhan.

Turut mengiringi Thailand ke separuh akhir ialah Indonesia selepas meraih enam mata hasil dua kemenangan dan sekali tewas.

Malaysia dijadual bertemu Indonesia di Padang C MSN, sementara Thailand menentang Vietnam di Padang Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada aksi separuh akhir, hari ini.

Edisi pertama Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Asean itu anjuran Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) dengan kerjasama MSN dan FAM yang melibatkan tujuh pasukan iaitu Thailand, Myanmar, Laos, Vietnam, Kemboja, Indonesia dan Malaysia.

-Bernama

Lihat Komen
ADS