Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Mourinho sindir taktik bertahan Liverpool
Diterbitkan:  Jan 16, 2017 11:37 AM
Dikemaskini: 3:45 AM

Pengurus Manchester United (Man U), Jose Mourinho menyindir Liverpool yang dilihat menggunakan taktikal bertahan ketika mendahului dengan jaringan 1-0, di Stadium Old Trafford, awal pagi tadi.

"Mereka sangat bijak, mereka menguasai perlawanan dan tahu bagaimana mengawal emosi permainan.

"Mereka tahu akan mendapat masalah di minit-minit akhir," katanya seusai aksi minggu ke-21 EPL.

"Kami adalah pasukan yang menyerang dan Liverpool bertahan. Kita lihat saja apakah kritikan umum akan adil.

"Saya menikmati perlawanan ini tetapi kecewa kerana tidak meraih tiga mata," katanya seperti dilaporkan.

Komentar Mourinho itu disifatkan membalas sindiran dihadapinya ketika pertemuan pertama kedua-dua pasukan di gelanggang Liverpool, awal musim ini kerana bermain bertahan.

Namun, kali ini Man U tampil lebih agresif khususnya di separuh masa kedua.

Pada aksi tersebut Liverpool yang dibimbing Jurgen Klopp berjaya meraih jaringan tunggal mereka melalui sepakan penalti.

Berpunca daripada bola terkena tangan Pau Pogba, pengadil menghadiahkan penalti yang disempurnakan James Milner untuk kedudukan 1-0.

Kedudukan itu sekali gus memberi tekanan kepada tuan rumah untuk menguasai permainan.

Nasib The Kop kali ini banyak diselamatkan penjaga gol mereka, Simon Mignolet yang tampil cemerlang.

Bagaimanapun, Man U tetap berjaya membolosi gawang Liverpool pada minit ke-84 untuk keputusan seri 1-1.

Gol jaringan Zlatan Ibrahimovic itu dicipta melalui tandukan yang berpunca dari umpanan silang Antonio Valencia sekali gus menguburkan hasrat Liverpool meraih tiga mata penuh.

Keputusan itu meletakkan Liverpool di tangga ketiga liga dengan kutipan 45 mata menyamai Tottenham Hotspur di tangga kedua, manakala Man U masih di kedudukan keenam dengan 40 mata. 

Lihat Komen
ADS