Hiddink sedia bimbing Leicester City
Jurulatih kelahiran Belanda, Guus Hiddink menyatakan betapa dia tertarik untuk menggantikan posisi Claudio Ranieri bagi membimbing Leicester City.
Kekosongan jawatan pengurus The Foxes susulan Ranieri dipecat pada 23 Februari lalu, namun Hiddink menegaskan belum ada sebarang daripada pengurusan kelab juara EPL musim lalu itu.
Bagi jurulatih berusia 70 tahun itu, Leicester tampil dengan baik di bawah jurulatih sementara Craig Shakespeare sekali gus berjaya menewaskan Liverpool, Isnin lalu.
"Pada saya, Leicester tampil sangat baik di bawah kendalian penolong jurulatih selepas Ranieri dipecat. Mereka membuktikan (keupayaan) diri ketika berdepan Liverpool.
"Saya belum dihubungi Liecester," katanya ketika ditanya kemungkinan mendapat tawaran itu.
Prestasi buruk Leicester City musim ini dilihat ketara berbanding musim lalu, dan susulan itu Ranieri 'dihukum'.
Sementara itu, Hiddink menjelaskan dia sudah bersedia untuk kembali ke padang setelah menganggur sejak 15 Mei lalu.
Chelsea menjadi kelab terakhir ditanganinya sebagai pengurus sementara bagi menggantikan Jose Mourinho.
"Saya amat mencintai bola sepak sehingga saya tidak akan menolaknya (tawaran Leicester).
"Saya tidak pernah melatih sebuah kelab dalam tempoh yang panjang. Namun, menjadi perkara yang baik jika dapat bekerja dengan orang-orang muda," jelasnya.
Media Inggeris melaporkan, Hiddink antara jurulatih yang cukup berpengalaman di pentas EPL. Dia pernah membawa Chelsea menjuarai Piala FA ketika menjadi jurulatih sementara pada musim 2009.

