Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Chong Wei pulang dengan misi dan semangat baru
Diterbitkan:  Mar 14, 2017 1:02 PM
Dikemaskini: 5:04 AM

Menjuarai Kejohanan All England buat kali keempat di Birmingham, kelmarin bukanlah pengakhiran buat Datuk Lee Chong Wei, malah beliau pulang dengan misi baru.

Di sebalik kritikan dan gesaan supaya jaguh badminton dunia itu bersara, pemain berusia 34 tahun itu terus bersemangat untuk menrangkul kejuaraan di kejohanan seterusnya.

Jaguh perseorangan negera itu berkata, kejayaan di All England itu telah menyuntik semangat untuk dirinya terus menampilkan prestasi terbaik.

Kini beliau mahu memberi fokus untuk merangkul gelaran ke-12 Terbuka Malaysia, bulan depan.

"Tumpuan saya selepas ini ialah Terbuka Malaysia dan sebelum itu Terbuka India," kata seperti dilaporkan Bernama.

Pemain nombor satu dunia tiba dari London di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, hari ini.

Terbuka Malaysia akan berlangsung di Kuching dari 4 hingga 9 April ini manakala Terbuka India di New Delhi dari 28 Mac hingga 2 April ini.

Chong Wei berkata, Seluruh England sememangnya menjadi salah satu kejohanan pilihan buat dirinya dan kecederaan yang dialami semasa latihan sebelum ke kejohanan itu sedikit mengganggu persediaannya.

Menyentuh mengenai kecederaan buku lalinya itu, katanya, ia belum pulih sepenuhnya dan ia memerlukan masa yang lama untuk pulih sepenuhnya.

"Untuk persediaan menghadapi Terbuka Malaysia, saya bergantung kepada jurulatih saya untuk menentukan corak latihan dalam tempoh dua minggu ini," jelasnya dipetik sebagai berkata.

Sepanjang karier Chong Wei dalam arena badminton, beliau sebelum ini memenangi Kejohanan Seluruh England pada 2011, 2012 dan 2014.

Chong Wei sebelum ini, pernah menyuarakan hasratnya kemungkinan beraksi di Seluruh England buat kali terakhir pada tahun ini, namun kejayaan kali keempat buat dirinya itu mengubah hala tuju dan mahu untuk terus beraksi di tahun hadapan.

Pemain berusia 34 tahun itu juga berharap beliu dapat mengekalkan prestasi dan mengelakkan kecederaan yang lebih serius dalam usaha beliau untuk meraih kejuaraan di Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, pada Ogos depan.

"Saya tidak pernah menang kejuaraan dunia dan ia memberi tekanan kepada saya. Untuk itu saya perlu mengatasi tekanan ini," katanya.

Lihat Komen
ADS