Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
KFA sedang intai pengganti Cheng Hoe
Diterbitkan:  Apr 12, 2017 7:54 PM
Dikemaskini: 11:56 AM

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) telah mengenal pasti beberapa nama yang bakal menggantikan ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe yang telah melepaskan jawatannya itu.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata mereka terdiri daripada kalangan jurulatih bola sepak tempatan dan luar negara.

"Setakat ini ada dua tiga nama yang kami tengah bincang iaitu terdiri dari warga tempatan dan luar negara untuk menggantikan Cheng Hoe, namun nama mereka tidak perlu kita sebut lagi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darulaman di Alor Setar, hari ini.

Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar berkata setakat ini rundingan bersama mereka sedang berlangsung dan jika sudah diputuskan ia akan diumumkan nanti.

Sementara itu, Ahmad Bashah berkata buat masa ini KFA belum membuat keputusan untuk melepaskan Cheng Hoe.

Pada masa sama, Ahmad Bashah mahu pelantikan jurulatih baharu diputuskan segera sebelum Cheng Hoe mula bertugas sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan.

"Kita memang tidak menegah dia nak pergi kerana mungkin ada tawaran yang lebih baik dari segi masa depan dia, ...tapi yang penting kita kena tengok juga pemain ataupun pasukan Kedah selepas itu," ujar beliau.

Dalam pada itu Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata isu ini dijangka selesai pertengahan Mei ini.

"Tak mungkin perkara ini akan berlanjutan hingga akhir musim sebab presiden pun faham keperluan di peringkat kebangsaan," katanya.

 

-Bernama

Lihat Komen
ADS