Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Bekas datuk bandar disiasat kes rasuah Olimpik
Diterbitkan:  Apr 13, 2017 5:29 PM
Dikemaskini: 9:34 AM

Mahkamah Agung Brazil memulakan siasatan terhadap bekas Datuk Bandar Rio de Janeiro Eduardo Paes yang dituduh menerima rasuah jutaan dolar untuk kontrak berkaitan Sukan Olimpik tahun lepas.

Tuduhan itu hasil keterangan diperolehi daripada bekas eksekutif syarikat pembinaan Brazil Odebrecht, selepas Hakim Edson Fachin membuka kes siasatan terhadap hampir 100 ahli politik negara itu pada Selasa.

Menurut mahkamah, hasil keterangan seorang eksekutif dan dokumen menunjukkan Paes meminta bayaran lebih daripada 15 juta reais atau kira-kira AS$ 4.8 juta pada 2012 sebagai balasan mendapatkan kontrak Olimpik.

Bagaimanapun, seorang pegawai media Paes berkata, beliau (Paes) tidak pernah menerima apa-apa pampasan untuk kerja yang dilakukannya semasa memegang jawatan itu dan mengangap tuduhan berkenaan tidak berasas.

Pada Disember Paes membatalkan rancangan mengajar di Universiti Columbia selepas mahkamah membekukan aset beliau ekoran satu kes membabitkan pembinaan padang golf untuk Sukan Olimpik.

Sementara pada bulan lepas pula polis menahan dua pegawai kerajaan kerana dituduh menerima rasuah untuk kontrak pembinaan laluan bawah tanah baharu bagi Sukan Olimpik 2016.

-Bernama

Lihat Komen
ADS