Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Tidak ada Ibrahimovic di MU hari ini
Diterbitkan:  Jun 10, 2017 3:57 PM
Dikemaskini: 8:00 AM

Tidak ada Zlatan Ibrahimovic dalam skuad Manchester United (MU) hari ini. Nama penyerang kelahiran Sweden itu dilaporkan tiada dalam pendaftaran skuad The Red Devils bagi musim 2017/18.

MU memutuskan tidak menyambung kontrak Ibrahimovic selepas musim 2006/17 berakhir.

Kecederaan lutut yang memerlukan rehat panjang dialami pemain 35 tahun itu dikatakan sebab utama MU meletakkannya dalam senarai perpindahan percuma.

Malah, nama Ibrahimovic satu-satunya pemain dalam senarai yang akan dilepaskan kelab bimbingan Jose Mourihno itu.

Dia menyumbang 28 gol dalam 46 penampilan sebelum mengalami kecederaan serius pada April lalu yang menjadi aksi terakhirnya di Old Trafford.

Melihat kepada tahap kecederaan dan pendapatannya, termasuk gaji asas kira-kira £367,640 seminggu menyebabkan MU tidak menawarkan kontrak baharu buat Ibrahimovic.

Bekas bintang Paris-Saint Germain itu dijangka tidak akan beraksi sepanjang baki tahun ini dan kemungkinan kembali pulih sekitar tahun depan.

Lihat Komen
ADS