Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Sukan
Farizal tiada gantinya di JDT
Diterbitkan:  Jun 10, 2017 10:09 PM
Dikemaskini: 2:13 PM

Walaupun digantung selama setahun oleh Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC), JDT tidak akan menggantikan posisi penjaga gol mereka Farizal Marlias dengan pemain lain.

Itulah penegaskan diberikan oleh Pengarah Sukan JDT, Alistair Edward yang menyatakan Farizal tetap akan berada dalam skuad Harimau Selatan.

"Jangan sesekali percaya kepada laman tidak rasmi yang hanya mahu menimbulkan cerita sensasi yang tidak sahih.

"Tiada penjaga gol baharu dalam perancangan JDT," katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi JDT, hari ini.

AFC semalam mengumumkan pemain 30 tahun itu dikenakan penggantungan selama setahun susulan insiden mengasari pengadil perlawanan dalam aksi separuh akhir Piala AFC, 31 Mei lalu.

Farizal yang berkhidmat untuk JDT sejak 2015 itu juga didenda AS$40,000 (RM170,626) susulan kejadian dalam aksi separuh akhir Piala AFC di Stadium Panaad, Bacolod City, Filipina.

Sementara itu, Edward berkata pihaknya percaya posisi Farizal boleh diganti oleh dua lagi penjaga gol JDT berpotensi tinggi.

"Ini kerana kami mempunyai dua lagi penjaga gol yang berpotensi tinggi dan bagus iaitu Izham Tamizi dan Muhammad Haziq," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS