Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Jurulatih Kedah kecewa
Diterbitkan:  Aug 2, 2017 2:58 PM
Dikemaskini: 7:01 AM

Kejayaan Kedah melangkah ke suku akhir Piala Malaysia melegakan jurulatih, Mohd Nidzam Adzha Yusoff namun mengakui sedikit kecewa dengan prestasi yang ditunjukkan oleh anak buahnya.

Mohd Nidzam berkata, dia berpuas hati dengan keputusan yang diperoleh Kedah ketika menewaskan UiTM FC 1-0 di Stadium Darul Aman malam tadi, namun banyak peluang untuk jaringkan gol, gagal disudahkan oleh pemain.

"Pemain sudah tahu kemampuan pihak lawan, jadi sepatutnya mereka perlu memperkemaskan gerakan dan meningkatkan prestasi semasa di padang dan saya lihat corak permainan juga menurun," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan malam tadi.

Kedah, juara edisi 1990, 1993 dan 2007, menewaskan UiTM FC 1-0 menerusi sepakan yang disempurnakan pemain import dari Kosovo, Liridon Krasniqi pada minit ke-23.

Kemenangan itu membolehkan Kedah mengumpul 12 mata, diikuti Kelantan dan Melaka United masing-masing dengan enam mata dan UiTM FC di tempat terakhir dalam Kumpulan C dengan tiga mata.

Mohd Nidzam berkata dia berharap kesebelasan utama pemain akan dapat turun beraksi menentang Kelantan di halaman sendiri pada 9 Sept nanti berikutan terdapat beberapa pemain yang masih dibelenggu kecederaan.

"Perlawanan malam ini, ada beberapa pemain yang tidak diturunkan kerana sedang dalam proses pulih daripada kecederaan. Ken Ilso juga tidak dapat turun beraksi kerana mengalami kecederaan hamstring.

"Namun, saya harap dalam masa terdekat ini dia (Ken Ilso) sihat sepenuhnya dan dapat turun bermain bagi membantu pasukan untuk menang pada perlawanan seterusnya," katanya.

Sementara itu, Mohd Nidzam berkata dia berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh penjaga gawang, Mohd Farhan Abu Bakar yang berjaya menepis tendangan pihak lawan.

-Bernama
 

Lihat Komen
ADS