AS Monaco mengambil langkah untuk menaikkan harga Kylian Mbappe selepas kelab gergasi Sepanyol, Barcelona turut tertarik memburu pemain 18 tahun itu.

Nilai Mbappe kini dilaporkan semakin menyaingi harga penyerang Barcelona, Neymar yang dikatakan akan berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG) dengan yurun perpindahan mencecah £196 juta (RM1.1 bilion).

Monaco dikhabarkan meningkatkan harga Mbappe kepada £178 juta (RM1 bilion) berbanding sebelumnya sekita £160 juta (RM907 juta).

Monaco berharap akan berlaku perang penawaran antara Barcelona dan Real Madrid yang turut menyatakan minat mereka tehadap Mbappe.

Madrid sebelum ini melakukan hal serupa ketika Manchester City disebut mahu mendapatkan khidmat muda terbaik Eropah itu.

Barcelona pula dilihat cuba menyunting Mbappe selepas khabar angin perpindahan Neymar ke PSG bertiup kencang dan PSG dikatakan bersedia menebus kontrak penyerang Brazil itu.

Laporan mutakhir menyatakan, perpindahan Neymar kemungkinan akan menjadi realiti dalam minggu ini.

Neymar ketika ini bersama rombongan Barcelona dalam siri jelajah pramusim di China sebelum terus terbang ke Paris tanpa kembali ke Sepanyol.

Jika perpindahan itu berjaya disepakati, Barcelona dilihat tidak bermasalah untuk melaburkan dana bagi menyambar Mbappe seperti dituntut Monaco.